Monday, April 23, 2012

Sebuah lagu.

Hari ini aku memula kan hari seperti biasa dengan routine yang tiada boleh ku kata tidak. Dalam memelihara hati dan jiwa yang kehilangan, selalu nya lagu lagu, sajak sajak, puisi puisi sering meruntun memori terhadapnya. Sehingga lah saat tadi, semasa aku berfikir apa yang harus ku masak hari ini? Hmmm...udang sekilo sahaja yang ada... Ku fikir masak lemak pun sedap, maka dalam pada itu lah tetiba sahaja dalam keseorangan dengan penuh perasaan lagu ini ku lantun kan....Kenapa? kerana dia amat menggemari masakan makanan laut ini... Udang..... really one of his must dish wherever he went.

Rasulullah, dalam mengenang mu, kami susuri, lembaran sirah mu.
Pahit getir perjuangan mu, membawa cahaya kebenaran....
Engkau taburkan pengorbanan mu, untuk umat mu yang tercinta,
Biar terpaksa tanggung derita, tabah nya hati mu merempuh ranjau nya.

Hiba nya tak dapat ku tahan tahan, ayah merintih segala cara yang bijak difikirkannya dalam memastikan masa depan kami secemerlang mungkin. Apa yang tidak dilakukannya? Hanya Allah yang maha mengetahui. Walau kami tahu betapa dia tabah dan penuh semangat mengharung segala cubaan dan dugaan, 'he was definitely not a quitter'. Di penghujung hayat dengan hanya dia sebagai guru pencen, dengan segala khudrat dan semangat serta usaha yang dirintih beriring doa, tahajjud dan tasbih...... bergelar jua dia akhirnya seorang jutawan yang di tinggal kannya segala itu buat kami anak-anaknya. Pencen yang lumayan juga buat isteri yang tercinta. Terima kasih ayah. Kau memang sesungguhnya tiada dua buat anak mu ini. I missed you so much. Al Faatihah......

Sunday, April 15, 2012

Nisan

Semalam 14 April, sudah 40 hari ayah meninggalkan kami. Sekerap mungkin doa dan sedekah ku panjatkan khusus buat arwah ayah dan mi. Mereka telah selamat. Semalam juga batu nisan untuk pusara ayah telah ditegakkan. Bernisan sudah pusara ayah. Aku di sini bersama kawan-kawan rapat senegara berjamu selera dengan niat yang baik disedekahkan pada arwah. Di tanahair mak ku juga mengadakan majlis yang sama. Kami mengingati beliau sebagaimana tertegaknya nisan di pusara ayah. Semoga hati-hati dan jiwa-jiwa kami akan terus istiqamah dengan ingatan ini supaya di alam barzah arwah tidak akan putus menerima dari anak-anaknya. Tenang lah ayah di sana, jangan bimbang dengan izin Al Khaliq kami akan cuba sedaya upaya memastikan ayah tenteram dan sejahtera. sebagaimana khidmat-khidmat dan jasa-jasa ayah pada masyarakat koperasi-koperasi, begitu jua lah hati kami terpaku pada istiqamah pada usaha menenangkan ayah di sana.

Wednesday, April 4, 2012

Ya Rabbana.... kuat kan kami...

Hidup harus diteruskan.... adik2 ku amat terpukul dengan kehilangaan ini. Yang sedang menjalani Masters... berupaya melahirkan luahan melalui penulisan, yang menjalani Degree merasai apa yang di baca tidak berupaya diingati.... yang masih di thanawi.... dia lelaki. Yang masih di menengah tinggi... kasihan... kasihan pada kita.... Walau kami yang sudah berkeluarga ini pun, ayah tetap ayah dan memori ayah itu hanya satu dan tiada dapat diganti. Tenang lah ayah di sana... harapan nya, kami di sini jua setenang ayah. Doa kami... Ya rabbana.... kurniakan pengakhiran kami sebaik pengakhiran ayah atau yang lebih baik.... amiiin...

Thursday, March 29, 2012

Ayah

Pagi ini aku bangun dengan hati yang sangat sayu. Entah kenapa memori2 bersama almarhum amat meruntun jiwa, sebak rasa, mata berkaca. al faatihah..... Rutin harian berupaya mengalih tumpuan tetapi hati tidak bebohong dengan apa yang dirasa bila mengenangkan perkataan AYAH tiada lagi mendapat sahutan dari empunya nya. Tidak akan ada lagi..... Tiada. Tenang lah ayah di sana. Tunggu lah, kami akan menyertai mu.

Saturday, March 24, 2012

Aku akan mula menulis...

Almarhum pernah berkata, belajar tinggi tak kira bila dan sampai ke mana, banyak ilmu buat buku. Ya Allah Ya Khaliq.... aku mula menulis pada 24hb ini. Setelah 20 hari almarhum pergi. Kehilangannya sangat mengheret jiwa. Memori bersamanya tak akan boleh dilupa. Semangat dan jasanya akan tetap mengalir bersama derunya darah dari degupan jantung... Ya Abi... aku merinduimu....

Pesan Almarhum

Jangan jadi bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh ditumpang.